Bahasa Malaysia | English

Gamuda Berhad adalah satu daripada pemaju infrastruktur dan hartanah terkemuka negara yang cenderung ke arah inovasi dan penemuan baru, beroperasi cemerlang dalam melaksanakan projek-projek yang kompleks dan mencabar secara konsisten dan berkualiti.

Perkembangan dan kejayaan kami sehingga kini adalah hasil daripada komitmen jitu yang berteraskan pembangunan modal insan. Oleh itu, kami menawarkan generasi muda warga Malaysia peluang pendidikan dan seterusnya pekerjaan menerusi Biasiswa Gamuda.

Anugerah Biasiswa 2007 terbuka kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta mempunyai sikap positif, berminat untuk melanjutkan pengajian kursus Ijazah Pertama sepenuh masa dalam mana-mana bidang berikut:

Bidang Pengajian
Institusi
Kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrikal atau Persekitaran);
Ukur Bahan, Sains Teknikal, Perdagangan dan Kemanusiaan
Universiti tempatan awam & swasta
Kejuruteraan (keutamaan bagi pengkhususan Awam)
(program berkembar atau kemasukan terus)
Universiti terkemuka di luar negara

Biasiswa Ini Menawarkan:

  • Yuran tuisyen sepenuhnya dan elaun perbelanjaan kepada calon yang berjaya
  • Program mentor, latihan dan bimbingan kerjaya yang sistematik sepanjang tempoh pengajian dan apabila menyertai Kumpulan Gamuda

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM dan 3A dalam
    STPM atau yang setaraf dengannya (contoh: calon A Levels)
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, daya kepimpinan yang berkualiti, berakhlak mulia dan berhemah tinggi, bersemangat waja dan berkomitmen tinggi
  • Telah menerima tawaran daripada mana-mana institusi seperti yang tertera di atas pada masa temuduga
  • Mengemukakan bukti kelayakan bantuan kewangan
  • Sedia berkhidmat dengan Kumpulan Gamuda untuk jangkamasa yang ditentukan selepas tamat pengajian
  • Bukan pemegang mana-mana biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi lain

Cara-cara Memohon:

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa atau
  • Hantarkan sampul surat berukuran11 sm x 24 sm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen ke GAMUDA LEARNING CENTRE, atau
  • Mengambil sendiri borang permohonan daripada

    GAMUDA LEARNING CENTRE,
    No. 78 Jalan SS22/21,
    Damansara Jaya,
    47400 Petaling Jaya, Selangor.
    Tel: 603-7726 9210
    Faks: 603-7727 5224


    Borang yang telah dilengkapi sepenuhnya mesti diterima sebelum atau pada 25 April 2007. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Mereka yang pernah memohon sebelum ini tidak akan dipertimbangkan.
 
© Copyright Protected. Gamuda Bhd. Powered by Three Sixty Technologies